PRESS RELEASE

 

 

 

 

 
 

UTUSAN SARAWAK - FAIZAL BUJANG

PASUKAN FUTSAL WANITA DIJEMPUT SERTAI SALA QUEEN

Pasukan futsal wanita di sekitar Bahagian Kuching dan Samarahan adalah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan pertandingan futsal wanita SALA QUEEN 1st Edition yang dijadualkan pada 15 April 2007 (Ahad), bertempat di Sports Planet Kuching.

Menurut Penyelia Operasi Sports Planet Kuching – Cik Amirasariyati Amit, pertandingan sehari tersebut diadakan bersempena dengan ulangtahun ketiga Sports Planet Kuching yang merupakan francais pertama Sports Planet di seluruh Malaysia dan Indonesia selain mempromosikan sukan futsal di kalangan wanita.

Menariknya Sala Queen ialah terdapat format “Loser Pool” iaitu perlawanan khas secara kalah mati bagi pasukan yang gagal layak ke pusingan kedua dengan menawarkan hadiah menarik. “Kami mahukan pasukan yang menyertai pertandingan ini masih berpeluang bermain walaupun tidak berjaya ke pusingan kedua. Ini akan memberi kepuasan kepada mereka .”

Sala Queen edisi pertama ini mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM80 sepasukan yang dianggotai 7 orang pemain dimana pemenang akan menerima hadiah berupa piala , wang tunai, medal, barangan Adidas, baucar diskaun Sports Planet Kuching , sijil penyertaan dan juga cenderamata pertandingan. Selain itu beberapa anugerah khas pengadil juga diperkenalkan iaitu Anugerah Pemain Terbaik , Penjaga Gol Cemerlang perlawanan akhir,  MVP, Anugerah Pasukan Fairplay, Jersi Terbaik berpasukan,  Semangat Kesukanan Terbaik berpasukan dan Anugerah Pasukan Popular.

Bagi kategori “loser Pool” pula pemenang akan menerima piala dan baucar diskaun Sports Planet Kuching (pemenang, kedua dan 2 pasukan tewas separuh akhir). Borang penyertaan rasmi boleh didapati di kaunter Sports Planet Kuching dan boleh juga dimuat turun daripada laman web rasmi pertandingan www.salaqueen.itgo.com. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Sports Planet Kuching di talian 082-345800 / 082-346800 (12 tengahari hingga 1 pagi).

 

 

Borneo Post / Borneo Post Online - Kas Alwi Sepawie

Chance for women to play futsal

KUCHING: Female futsal enthusiasts are invited to take part in a first edition of Sala Queen tournament this Sunday at Sports Planet.

According to the centre’s operation supervisor, Amirasariyati Amit, the one-day tournament is held in conjunction with the third anniversary of Sports Planet, the centre’s first franchise in Malaysia and Indonesia.

She said the tournament with winners’ and losers’ pools, was aimed at promoting futsal among women.

We want teams taking part to have the opportunity to play more matches.

Although they may not advance to the second round, they will have a lot of practice.

The entry fee is RM80 per team of seven players.

The top teams in the winners’ pool will receive trophies, cash, medals, Adidas products, Sports Planet Kuching discount vouchers, participation certificates and souvenirs.

In addition, the tournament will also give away a number of awards such as for the best player, the outstanding keeper in the final, the most valuable player, fair play, best team jersey, best team spirit and most popular team.

In the losers’ pool, the top four winners will receive trophies and Sports Planet Kuching discount vouchers.

Entry forms are obtainable at the centre and can also be downloaded from www.salaqueen.itgo.com.

For more information, contact 082-345800 or 082-346800.

Entries must reach the organiser on or before 11 pm tomorrow (Friday).

 

 

 

 

 

UTAMA MOTORS (1981) ENT. SDN BHD

 
 

 

UTUSAN SARAWAK